Friday, December 31, 2010

Tanggal 31 Disember 2010


Fuhh...bersemangat waja dengan senarai azam untuk tahun baru...Pada masa yang sama, diri ini tidak semena-mena ingin menukar fesyen rambut yang baru..hehe...maka diselaklah majalah untuk melihat hairstyles yang agak2 boleh menye'cun'kan sedikit muka yang tak seberapa ini...Maka dengan excitednya menyiapkan diri untuk ke kedai auntie kat pekan nun...

Maka dialog ini pon bermula:

Nyonya: Adek, mau potong rambut ka?

Me: Ya auntie...mau cut sikit...

Nyonya: Ok..aa..tunggu aa..bole duduk dekat itu kelusi..

Selepas beberapa seketika..

Nyonya: Adek, mau potong maciam mana?

Me: Buat layer sikit, then depan mau pendek mcm baby doll..=)..ngeeee...

Nyonya: Mau layer sampai mana?

Me: Sikit ja...xmo pendek terus....biarkan panjang...

Nyonya: Ok...Ok..

Maka, nyonya itu pun me'hairstyle'kan rambutku mengikut pemahamannya yang macam tak berapa nak paham...Manakala diri ini sibuk menyelak majalah wanita yang diambil dari meja hadapan....

15 minit berlalu..Tiba-tiba..

Nyonya: Adek, sudah siap...(sambil senyum penuh makna)

Me: (Terlopong)....(dalam hati aku meraung...Auntie...saya kata layer sikit2 ja....xmo pendek...apa pasal auntie potong sampai bahu...waaaaaaaaaaaaaa....)

=(

Dengan sendunya...Diriku menyambut Tahun Baru dengan fesyen rambut yang baru...

Moral of the story: Should always aware masa auntie potong lambut..Arghhhhhhhhhhhh!!

Wish: Walau tengah frust...Dikesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua blogger2 n kawan2 yang mengenali diri ini...Semoga mendapat apa yang dihajati dan gigih untuk mencapai azam 2011.Agak-agak taun depan dapat tak peluang buat fesyen rambut yang elok sket..ngeeee.Anyway, Happy New Year 2011..May Allah Bless Us..Ameen..=)

Saturday, December 18, 2010

Rojak Recepi


It's take time until I'm ready to write again in my blog...My life was so busy with a lot of time to do and also my preparation for my new subject next semester plus I will be the coordinator for one other subject..And now I busy myself marking the paper for final examination...my life is so hectic right..

So, today..the only day...maybe..I have time to write something in my blog..=)

Ok...we start with my new recipe...I love rojak...but I didn't know how to prepare it until one day one of my fren share the recipe in her notes...So I decided to try...Further more she used the cup to measure..So it much easier for me.....but I have alter it here and there and some of the ingredient I added according to other recipe by the other blogger....Here the ingredient...

Ingredients

1 cup of soy sauce (kicap manis/masin)
1 cup of chili sauce
1 cup of tomato sauce
1 cup of sugar
2 cup of brown sugar
Bird's eyes chili(depends on your needs)

Directions

1. Combine all the ingredients in the saucepan.
2. Cook the ingredients with the slow fire until the sauce is thick.
3. Cool
4. Ready to eat with the fruits..

Tuesday, December 7, 2010

I hope they can do well


Tomorrow is the exam for my subject...I hope my students can do well...But..still.....I'm afraid that they couldn't make it..Anyway GudLuck 4 them..

Wednesday, November 10, 2010

Mum

Mum,
Thanks for everything that you give it to me...ur love, ur care, courage, and shoulder to lean for...


So I dedicated this achievement to you, mum...

Love
Me..=)

Jodoh



Jodoh itu ada...samaada sudah jumpa atau belum jumpa...Namun xsemuanya bernasib baik...bercinta dan terus ke jinjang pelamin...kerna ada juga yang membujang sehingga tua...

Setiap wanita sememangnya menginginkan perkahwinan...tetapi terdapai pelbagai faktor yang memungkinkan jodohnya belum tiba...aku juga tidak terkecuali...Kadang-kadang terfikir juga...apa yang aku inginkan dalam kehidupan ini..memandangkan aku sudah bekerja dan sudah bersedia untuk ke level seterusnya dalam kehidupan..Namun atas beberapa faktor..aku tak dapat tidak untuk menolak kekadang aku juga memilih..

Aku bukan memilih dari segi rupa..tetapi lebih kepada keserasian...dan aku juga tidak ingin didesak...

Aku kekadang bagaikan selesa dengan keadaan aku sekarang walaupun kekadang aku sunyi...adakah aku takut kepada sesuatu komitmen...aku tidak pasti....

Kadang-kadang sedih bila memikirkan bila seseorang yang kita minati sudah menjadi milik orang...sedangkan ada yang sanggup menanti..

Apakah aku kejam..

Tetapi pabila memikirkan tentang hidupku...aku berhak untuk merancang dan memilih yang terbaik...kerana perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dicuba-cuba tetapi perlu dijaga setelah dibina...

Maaf jika sekiranya entry ini agak beremosi..kerna aku perlu sesuatu untuk dikongsi..

Monday, September 27, 2010

My new cat




Hye...Actually I already have the name...guest what..:p

Sunday, September 5, 2010

Paint my room..=)




I need to paint my room..=)
The questions are:
 What is the color should I choose?
 What types of paint should I buy?

Wewit..............any ideas?

What am I doing


During the day that I'm not around..I'm doing so much things...there are many things that I should handle it before Hari Raya and I can see it from my 'to do list'

Some of them are:
 to paste the cement in my room.
 to paint my windows
 to paint my bed
 to buy bed sheet
 to buy curtains
 to buy mat
 to fetch my mum n sis
 to buy chandelier
 bla…bla..bla

Others:
 to prepare mid term and final paper
 bla...bla..bla

And last, I GOT A FEVER..=p

Liar


I hate liar..=)

I'm not interested to be friend wif them..huh

Monday, August 2, 2010

Hye...I'm back

Agak lama masanya blog ini dibiarkan berdebu tanpa sebarang post disebabkan kekangan masa, kemalasan dan ketidakadaan idea yang boleh dimuatkan dalam blog ni..Cuma dikesempatan ini ingin berkongsi beberapa perkembangan terbaru yang rasanya nak kongsi gaks ngan member2 yang lain....Maaf jika sekiranya post kali ini lebih kepada perkembangan peribadi yang tak seberapa untuk dikongsi..=).....

Bulan 6 yang lalu saya mendapat tawaran untuk temuduga jawatan pensyarah di sebuah universiti dan sebuah kolej universiti tempatan...Dan akhirnya saya ditawarkan jawatan tersebut di kedua-dua universiti dan kolej universiti..Disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi saya terpaksa menolak tawaran di sebuah universiti di ibu kota dan menerima tawaran di sebuah kolej universiti...Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor yang perlu difikirkan secara mendalam..Bagi saya keluarga adalah segalanya...

Setelah ditawarkan jawatan tersebut...mulalah tenggungjawab untuk mendidik dan berkongsi ilmu yang ada bersama pelajar-pelajar tersebut..Yang mana merupakan pelajar ijazah jurusan usulluddin.....

Bagi saya Allah tahu mana yang terbaik untuk saya...seperti mana yang selalu diungkapkan oleh akhi Mas Afzal dalam blognya...Bersangka baik dengan Allah..

Sepanjang saya berkerja, saya selalu ditempatkan di sebuah institusi yang berkaitan dengan agama..Bermula dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji(tempat praktikal saya selepas menghabiskan pengajian saya di sebuah universiti)..... Kolej Islam dan yang terbaru ialah sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam..=)

Alhamdulillah..berkat doa ibu dan keluarga saya berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan..Anda pula bagaimana...Walau apa pun yang anda capai dan belum capai...sentiasa lah bersangka baik dengan perancangan Nya...n All the best for your journey of life..=)

Monday, June 28, 2010

Penilaian


Setiap manusia tidak terlepas dari menilai seseorang mengikut tanggapannya sendiri.. Bagi saya sesuatu penilaian tanpa usul periksa yang hanya bergantung kepada tanggapan merupakan sesuatu yang tidak wajar..Mengapa mesti kita menilai seseorang itu sebagai seseorang yang kita tidak senangi sedangkan individu tersebut tidak mempunyai perkaitan atau salah ataupun dosa dengan kita..Sebagai contoh kita tidak perlu menilai sesebuah blog itu tidak baik kerana isi kandungannya yang hanya memaparkan kehidupan peribadi sedangkan blog yang mempunyai isu semasa, isu agama itu lebih baik...Setiap orang mempunyai sebab sendiri untuk menyediakan isi kandungan dalam blognya..Tanpa isu agama bukan bermaksud seseorang itu tidak berdakwah, tetapi mungkin terdapat sebab lain isu itu tidak dibincangkan...Ini kerana setiap orang mempunyai sebab sendiri dan adalah tidak wajar untuk menghukum atau menilai hanya kerana kandungan...Apa yang penting..Jangan cari dosa dengan orang..

Wednesday, March 10, 2010

Afzal

Alhamdulillah..baru sahaja menjengah blog afzal...membaca post terbaru beliau benar2 menyuntik rasa gembira dikala kesibukkan menelah buku2 untuk dijadikan bahan research ku...Alhamdulillah..itulah ayat pertama terlintas difikiran...sekurang-kurangnya Allah mendengar doa kami...Saya dapat rasakan setiap hari, hampir sesiapa sahaja yang mengenali Afzal akan mendoakan sesuatu untuknya...dan yang pasti...untuk kesihatannya...kerana kami semua yakin...tiada sesuatu yang mustahil bagi Allah...Jika Allah inginkan sesuatu terjadi...ia akan tetap terjadi walaupun mustahil bagi manusia...

Untuk Afzal
Ingatlah...Jangan berhenti berdoa...:)

Wednesday, February 17, 2010

I miss my cat



Where'd you go?
I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone,
Please come back home...

Wednesday, February 3, 2010

Inspirasiku



Entah kenapa post kali ini ku tujukan buat seorang insan yang benar-benar menyentuh hati saya dan sahabat-sahabat yang lain...Seorang insan yang luar biasa..Setiap masa ketika membuat assignment, driving...saya mesti teringatkan dia...dan disaat itu saya akan berdoa untuknya..kenapa? Ianya kerana

Dia sumber inspirasi saya

Seminggu yang lalu saya agak down kerana proposal saya direject...bila direject..apalagi...rasa frust sangat...Sebabnya kena buat literature review balik dan start karang balik proposal...bukannya senang bila hanya diberi masa seminggu...tapi bila terbaca post dari one of his fren....saya terus melayari site dia...Dan disitulah saya belajar erti ketabahan...dari insan bernama Afzal..

Proposal-Cont..

Hari yang berikutnya...ku menyiapkan proposal ku di bilik...takut lak nak g library kalu xder kawan temankan...susah jugak...malas la nak jumpa lagi mamat tu...rasa x secure pulak...Jadi jika ku ke library tanpa rakan2..akan ku pilih tempat/ level yang lain dari level tu...lagi pun apa yang nak susah sangat...kalau ku inginkan jurnal...ku boleh jer surf kat internet..:)

Other

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...