Monday, August 2, 2010

Hye...I'm back

Agak lama masanya blog ini dibiarkan berdebu tanpa sebarang post disebabkan kekangan masa, kemalasan dan ketidakadaan idea yang boleh dimuatkan dalam blog ni..Cuma dikesempatan ini ingin berkongsi beberapa perkembangan terbaru yang rasanya nak kongsi gaks ngan member2 yang lain....Maaf jika sekiranya post kali ini lebih kepada perkembangan peribadi yang tak seberapa untuk dikongsi..=).....

Bulan 6 yang lalu saya mendapat tawaran untuk temuduga jawatan pensyarah di sebuah universiti dan sebuah kolej universiti tempatan...Dan akhirnya saya ditawarkan jawatan tersebut di kedua-dua universiti dan kolej universiti..Disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi saya terpaksa menolak tawaran di sebuah universiti di ibu kota dan menerima tawaran di sebuah kolej universiti...Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor yang perlu difikirkan secara mendalam..Bagi saya keluarga adalah segalanya...

Setelah ditawarkan jawatan tersebut...mulalah tenggungjawab untuk mendidik dan berkongsi ilmu yang ada bersama pelajar-pelajar tersebut..Yang mana merupakan pelajar ijazah jurusan usulluddin.....

Bagi saya Allah tahu mana yang terbaik untuk saya...seperti mana yang selalu diungkapkan oleh akhi Mas Afzal dalam blognya...Bersangka baik dengan Allah..

Sepanjang saya berkerja, saya selalu ditempatkan di sebuah institusi yang berkaitan dengan agama..Bermula dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji(tempat praktikal saya selepas menghabiskan pengajian saya di sebuah universiti)..... Kolej Islam dan yang terbaru ialah sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam..=)

Alhamdulillah..berkat doa ibu dan keluarga saya berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan..Anda pula bagaimana...Walau apa pun yang anda capai dan belum capai...sentiasa lah bersangka baik dengan perancangan Nya...n All the best for your journey of life..=)

Other

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...