Tuesday, June 23, 2009

Belajar menulis

Salam kepada semua yang membaca blog ini...moga anda berada dalam suasana yang baik dan dirahmati Allah..semasa membaca post terbaru seorang teman..saya terfikir seketika tentang pandangan beliau terhadap rakan-rakan yang sama-sama terlibat dalam dunia blogger ini...Bagi saya, saya bersikap terbuka pada pandangan beliau...Beliau cuba mengingatkan tentang tanggungjawab kita sebagai penulis Islam yang mana penulisan juga merupakan suatu jihad..

Walaupun penulisan beliau agak tegas...tetapi saya jadikan ianya suatu motivasi dan peringatan pada diri sendiri..Mungkin Allah ingin memperingati kita sesuatu..Dunia blogger merupakan suatu dunia baru saya..Jika dikira-kira, baru 5 bulan usia blog saya ini...tetapi Alhamdulillah..banyak yang saya belajar tentang dunia penulisan...banyak rakan yang baru saya kenal melaluinya seperti rakan-rakan follower dan juga rakan-rakan yang blognya saya ikuti selain rakan-rakan saya sendiri..

Jangan tersalah anggap...saya bukan merupakan seorang pelajar dari aliran agama..Sememangnya ilmu itu cetek kalau nak dibandingkan dengan pelajar dari aliran tersebut..Namun saya dalam proses mencari dan memantapkan diri saya sedikit demi sedikit..Di masa hadapan mungkin saya perlu meningkatkan lagi pembacaan saya untuk sama-sama berjihad seperti mana yang diutarakan oleh rakan saya itu..

Terima kasih juga saya ucapkan pada seorang guru agama yang saya kenal melalui dunia blogger yang selalu mengemailkan saya email yang berunsur agama untuk memantapkan diri..Moga Allah membalas jasa baik cikgu...Untuk rakan saya ary, terima kasih kerana selalu alert about my new post...

Buat rakan-rakan yang membaca...terima kasih kerana sudi membaca blog ini kerana...Sesungguhnya sesuatu yang baik itu datangnya dari Allah dan sebarang kelemahan itu datang dari diri saya.......


Wassalam

4 comments:

Idham Fitri Adi said...

insya allah..
chaiyok2.

An-Nur said...

Mekasih.....InsyaAllah saya cuba belajar

Idham Fitri Adi said...

ARY? KEKEKEE.
belajar xkan berhenti..

luv u. much.

An-Nur said...

entahla, setau sy ary and chuck muslim tu org yang same.....hah, sape nak jawab..kuang..kuang...kuang

Other

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...