Even though I'm not married yet..Dis blog dedicated to my baby and my cat
Monday, June 28, 2010
Penilaian
Setiap manusia tidak terlepas dari menilai seseorang mengikut tanggapannya sendiri.. Bagi saya sesuatu penilaian tanpa usul periksa yang hanya bergantung kepada tanggapan merupakan sesuatu yang tidak wajar..Mengapa mesti kita menilai seseorang itu sebagai seseorang yang kita tidak senangi sedangkan individu tersebut tidak mempunyai perkaitan atau salah ataupun dosa dengan kita..Sebagai contoh kita tidak perlu menilai sesebuah blog itu tidak baik kerana isi kandungannya yang hanya memaparkan kehidupan peribadi sedangkan blog yang mempunyai isu semasa, isu agama itu lebih baik...Setiap orang mempunyai sebab sendiri untuk menyediakan isi kandungan dalam blognya..Tanpa isu agama bukan bermaksud seseorang itu tidak berdakwah, tetapi mungkin terdapat sebab lain isu itu tidak dibincangkan...Ini kerana setiap orang mempunyai sebab sendiri dan adalah tidak wajar untuk menghukum atau menilai hanya kerana kandungan...Apa yang penting..Jangan cari dosa dengan orang..
Subscribe to:
Posts (Atom)