Sunday, September 5, 2010

What am I doing


During the day that I'm not around..I'm doing so much things...there are many things that I should handle it before Hari Raya and I can see it from my 'to do list'

Some of them are:
 to paste the cement in my room.
 to paint my windows
 to paint my bed
 to buy bed sheet
 to buy curtains
 to buy mat
 to fetch my mum n sis
 to buy chandelier
 bla…bla..bla

Others:
 to prepare mid term and final paper
 bla...bla..bla

And last, I GOT A FEVER..=p

Liar


I hate liar..=)

I'm not interested to be friend wif them..huh

Monday, August 2, 2010

Hye...I'm back

Agak lama masanya blog ini dibiarkan berdebu tanpa sebarang post disebabkan kekangan masa, kemalasan dan ketidakadaan idea yang boleh dimuatkan dalam blog ni..Cuma dikesempatan ini ingin berkongsi beberapa perkembangan terbaru yang rasanya nak kongsi gaks ngan member2 yang lain....Maaf jika sekiranya post kali ini lebih kepada perkembangan peribadi yang tak seberapa untuk dikongsi..=).....

Bulan 6 yang lalu saya mendapat tawaran untuk temuduga jawatan pensyarah di sebuah universiti dan sebuah kolej universiti tempatan...Dan akhirnya saya ditawarkan jawatan tersebut di kedua-dua universiti dan kolej universiti..Disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi saya terpaksa menolak tawaran di sebuah universiti di ibu kota dan menerima tawaran di sebuah kolej universiti...Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor yang perlu difikirkan secara mendalam..Bagi saya keluarga adalah segalanya...

Setelah ditawarkan jawatan tersebut...mulalah tenggungjawab untuk mendidik dan berkongsi ilmu yang ada bersama pelajar-pelajar tersebut..Yang mana merupakan pelajar ijazah jurusan usulluddin.....

Bagi saya Allah tahu mana yang terbaik untuk saya...seperti mana yang selalu diungkapkan oleh akhi Mas Afzal dalam blognya...Bersangka baik dengan Allah..

Sepanjang saya berkerja, saya selalu ditempatkan di sebuah institusi yang berkaitan dengan agama..Bermula dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji(tempat praktikal saya selepas menghabiskan pengajian saya di sebuah universiti)..... Kolej Islam dan yang terbaru ialah sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam..=)

Alhamdulillah..berkat doa ibu dan keluarga saya berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan..Anda pula bagaimana...Walau apa pun yang anda capai dan belum capai...sentiasa lah bersangka baik dengan perancangan Nya...n All the best for your journey of life..=)

Monday, June 28, 2010

Penilaian


Setiap manusia tidak terlepas dari menilai seseorang mengikut tanggapannya sendiri.. Bagi saya sesuatu penilaian tanpa usul periksa yang hanya bergantung kepada tanggapan merupakan sesuatu yang tidak wajar..Mengapa mesti kita menilai seseorang itu sebagai seseorang yang kita tidak senangi sedangkan individu tersebut tidak mempunyai perkaitan atau salah ataupun dosa dengan kita..Sebagai contoh kita tidak perlu menilai sesebuah blog itu tidak baik kerana isi kandungannya yang hanya memaparkan kehidupan peribadi sedangkan blog yang mempunyai isu semasa, isu agama itu lebih baik...Setiap orang mempunyai sebab sendiri untuk menyediakan isi kandungan dalam blognya..Tanpa isu agama bukan bermaksud seseorang itu tidak berdakwah, tetapi mungkin terdapat sebab lain isu itu tidak dibincangkan...Ini kerana setiap orang mempunyai sebab sendiri dan adalah tidak wajar untuk menghukum atau menilai hanya kerana kandungan...Apa yang penting..Jangan cari dosa dengan orang..

Wednesday, March 10, 2010

Afzal

Alhamdulillah..baru sahaja menjengah blog afzal...membaca post terbaru beliau benar2 menyuntik rasa gembira dikala kesibukkan menelah buku2 untuk dijadikan bahan research ku...Alhamdulillah..itulah ayat pertama terlintas difikiran...sekurang-kurangnya Allah mendengar doa kami...Saya dapat rasakan setiap hari, hampir sesiapa sahaja yang mengenali Afzal akan mendoakan sesuatu untuknya...dan yang pasti...untuk kesihatannya...kerana kami semua yakin...tiada sesuatu yang mustahil bagi Allah...Jika Allah inginkan sesuatu terjadi...ia akan tetap terjadi walaupun mustahil bagi manusia...

Untuk Afzal
Ingatlah...Jangan berhenti berdoa...:)

Other

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...