Monday, June 28, 2010

Penilaian


Setiap manusia tidak terlepas dari menilai seseorang mengikut tanggapannya sendiri.. Bagi saya sesuatu penilaian tanpa usul periksa yang hanya bergantung kepada tanggapan merupakan sesuatu yang tidak wajar..Mengapa mesti kita menilai seseorang itu sebagai seseorang yang kita tidak senangi sedangkan individu tersebut tidak mempunyai perkaitan atau salah ataupun dosa dengan kita..Sebagai contoh kita tidak perlu menilai sesebuah blog itu tidak baik kerana isi kandungannya yang hanya memaparkan kehidupan peribadi sedangkan blog yang mempunyai isu semasa, isu agama itu lebih baik...Setiap orang mempunyai sebab sendiri untuk menyediakan isi kandungan dalam blognya..Tanpa isu agama bukan bermaksud seseorang itu tidak berdakwah, tetapi mungkin terdapat sebab lain isu itu tidak dibincangkan...Ini kerana setiap orang mempunyai sebab sendiri dan adalah tidak wajar untuk menghukum atau menilai hanya kerana kandungan...Apa yang penting..Jangan cari dosa dengan orang..

Wednesday, March 10, 2010

Afzal

Alhamdulillah..baru sahaja menjengah blog afzal...membaca post terbaru beliau benar2 menyuntik rasa gembira dikala kesibukkan menelah buku2 untuk dijadikan bahan research ku...Alhamdulillah..itulah ayat pertama terlintas difikiran...sekurang-kurangnya Allah mendengar doa kami...Saya dapat rasakan setiap hari, hampir sesiapa sahaja yang mengenali Afzal akan mendoakan sesuatu untuknya...dan yang pasti...untuk kesihatannya...kerana kami semua yakin...tiada sesuatu yang mustahil bagi Allah...Jika Allah inginkan sesuatu terjadi...ia akan tetap terjadi walaupun mustahil bagi manusia...

Untuk Afzal
Ingatlah...Jangan berhenti berdoa...:)

Wednesday, February 17, 2010

I miss my cat



Where'd you go?
I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone,
Please come back home...

Wednesday, February 3, 2010

Inspirasiku



Entah kenapa post kali ini ku tujukan buat seorang insan yang benar-benar menyentuh hati saya dan sahabat-sahabat yang lain...Seorang insan yang luar biasa..Setiap masa ketika membuat assignment, driving...saya mesti teringatkan dia...dan disaat itu saya akan berdoa untuknya..kenapa? Ianya kerana

Dia sumber inspirasi saya

Seminggu yang lalu saya agak down kerana proposal saya direject...bila direject..apalagi...rasa frust sangat...Sebabnya kena buat literature review balik dan start karang balik proposal...bukannya senang bila hanya diberi masa seminggu...tapi bila terbaca post dari one of his fren....saya terus melayari site dia...Dan disitulah saya belajar erti ketabahan...dari insan bernama Afzal..

Proposal-Cont..

Hari yang berikutnya...ku menyiapkan proposal ku di bilik...takut lak nak g library kalu xder kawan temankan...susah jugak...malas la nak jumpa lagi mamat tu...rasa x secure pulak...Jadi jika ku ke library tanpa rakan2..akan ku pilih tempat/ level yang lain dari level tu...lagi pun apa yang nak susah sangat...kalau ku inginkan jurnal...ku boleh jer surf kat internet..:)

Other

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...